Pengalaman Mengunakan Jentera Street Bike pertama Modenas
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat jentera dua roda sekalian,
Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri saya,
nama saya Fariz dan salah seorang penunggang motosikal street bike sulung keluaran Modenas
Tujuan saya buat blog ni adalah ingin update dan memberikan pendapat serta menceritakan sedikit pengalaman saya menunggang motorsikal ini...
Saya telah mengunakan motosikal ini selama hampir 6 bulan..
motosikal keluaran modenas ini adalah salah satu kerjasama antara syarikat motorsikal national (modenas) dan syarikat motorsikal dari India (bajaj auto)
kerjasama ini bermula dari tahun 2017 antara Bajaj Auto dan Modenas
untuk mengenali siapa Modenas dan Bajaj Auto saya akan share link maklumat tentang dua syarikat ini dibawah....↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Tanpa membuang masa lagi saya akan memulakan penceritaan pengalaman saya bersama NS200
ataupun dikenali diluar negara sebagai Kawasaki Pulsar NS200
sebelum tu saya juga ada channel youtube so bolehlah subscribe jika bermanfaat dan komen untuk menambah baik video saya klik link dibawah ↓↓↓↓↓↓
Ok pertama sekali saya ingin menceritakan tentang pengalaman pada hari pertama mengunakan motorsikal ini, saya akui agak susah sikit nak bertukar dari motorsikal moped kepada
street bike.
disebabkan sebelum ini saya mengunakan motorsikal klac semi auto yang terdapat pada banyak motorsikal moped..agak kekok bila bawa motorsikal yang lebih berat dan lebih tinggi,dengan hanya ketinggian 171cm agak sukar pada mulanya..
motorsikal ni agak tinggi dan berat tetapi pengendalian sewaktu membawa motorsikal ini amatlah memuaskan,tetapi pada mulanya agak kekok untuk jalan K.L yang selalu sesak disebabkan handle bar yang sedikit panjang dan berat.
pada mulanya saya tak tahu yang motorsikal ini ada kelebihan pada ciri-ciri keselamatan.
contohnya jika hendak memlulakan perjalanan motorsikal ini perlu dinaikkan tongkat jika tidak motorsikal ini akan mati sendiri..mulanya saya ingat ada masalah...maaf jika tahap penulisan saya kurang baik
Yang kedua adalah tahap pengunaan bahan api.sebelum tu saya angkat tunjukkan gambar spesifikasi Pulsar NS200 ini dibawah ...↓↓↓↓↓
Tangki bahan api motorsikal ini boleh memuatkan bahan api (petrol) sebanyak 12 liter,
ini agak diperlukan untuk penungang yang memerlukan pengunaan motorsikal jarak jauh tanpa kerap mengisi petrol dan sesuai bagi penungang yang ingin pergi ke satu destinasi yang jauh..
pengalaman saya pengunaan bahan api motorsikal ini agak jimat tetapi tidak sejimat motorsikal moped.saya pernah pergi ke litar sepang dari cheras,dengan kelajuan 100kmh hanya mengunakan
1 bar sahaja,motorsikal ini dilengkapi penunjuk bahan api digital yang menunjukkan 8 bar kesemuanya maksudnya pengunaan bahan api saya dari cheras ke litar sepang hanya 1.5 liter sahaja..
dengan anggaran RM 3.40 mengikut harga semasa minyak petrol malaysia..
kelajuan yang saya pernah capai adalah 137KM/H,dengan berat saya 100kg dan berat beg saya dalam 5kg..tetapi dengan cara tungangan santai tanpa memaksa motorsikal..
tetapi mengikut pengalaman rakan kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 16oKM/H..
tetapi saya belum cuba ...sebab saya bukan jiwa kelajuan lebih kepada tungangan santai..😏😏😏😏😏
Ok setakat ni sampai situ jelah bebelan saya tentang pengalaman saya..
jumpa lagi guys insyallah dimasa yg lain saya akan menceritakan pengalaman lagi..
masa mencemburui tak sempat nak taip panjang2 kuh3..
k assalamualaikum bye2...
Ok kat bawah ada share sikit video official NS200 2017...bye2 assalmualaikum...
No comments:
Post a Comment