Assalamualaikum dan salam sejahtera,tahukah anda ada sebuah jentera dari negara gajah putih yang boleh mencuri tumpuan dan membuat kita terkesima,dan gadis-gadis memandang anda..kih3..
Sebenarnya tak tahu apa yang saya nak tuliskan,sebab tu saya tertarik nak menulis blog tentang Ducati Panigale yang mampu milik ni..
Ok boleh tengok gambar dan link video youtube dibawah...
terbaikkan design dia...tapi malangnya motorsikal ini hanya dikuasakan dengan engine 150cc,tetapi untuk penunggang yang mementingkan gaya tanpa memikirkan kelajuan boleh lah menunggu motorsikal ni masuk ke malaysia huhuhu....
ok jom tengok spesifikasi moto ni pulak..
Ok saya tak tahu nak bercerita lanjut lagi tentang motorsikal ini...
Assalamualaikum saya Fariz,sebelum ni saya dah menuliskan nukilan saya yang bertajuk pengalaman menungang dan memiliki Modenas Pulsar NS200,cewah macam orang yang pandai lak siap2 nukilan lagi bukan pandai sangat pun buat blog ni kuh3...😆😆😆😆😆
Ok kali ni saya ingin membincangkan tentang masalah dan keburukan.takkan lah setiap buatan manusia takda kekurangan kan.Cuma ciptaan ALLAH S.W.T saje yang sempurna
Ok saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang saya hadapi apabila memiliki pulsar NS200 ni.
Ok boleh klik channel saya ada sedikit penerangan tapi sikit jelah kuh3...
1:- Motorsikal ini membuatkan saya terbawa mimpi,hahahaha...motor ni bukan ada jin atau mahluk halus yer,kenapa saya terbawa - bawa sampai mimpi,sebabnya motor ni kalau nak beli stock masih belum stabil sampai terpaksa menunngu lama...pengalaman saya sendiri, saya menungu hampir 2 bulan sehingga rasa putus asa dan nak ambil motor lain...hampir saya ingin beli FZ150i,tetapi kenapa saya memilih untuk menungu sebab,FZ150i di malaysia out to date,berbanding negara jiran yang telah memiliki v3 FZ150i dan FZ155i dibawah ni saya akan share gambar FZ150i di indonesia..
Cantikkan itu belum lagi saya tunjukkan motor lain,contohnya R15, Cbr150rr dan lain2..
tapi itu bukan topik yang kita nak bincangkan..
ok masalah yang seterusnya..
2:-accessori NS200 sedikit dan takda jual di kedai2 motorsikal di malaysia,ok ya saya cakap tentang accessori bukan spare part ya..spare part tak susah pergi jer service centre insyallah ada..
dan yang terbaiknya modenas sekarang ada perkhidmatan mobile service dari modenas lagi memudahkan pemilik jentara modenas apabila ada masalah semasa di highway..tapi ingat bukan lifetime ya,cuma dalam jangka masa service sahaja..
ok berbalik pada accessori,accessori Pulsar NS200 ni boleh mengunakan accessori2 custom ataupun universal dan juga boleh dikacuk dengan accesori motor lain disebabkan designnya yang mesra alam kah3...tetapi bukan semua accessori boleh di kacuk kan yer...
Untuk sesiapa yang tiada masa untuk pergi kekedai service ataupun pemasangan accessori boleh PM di facebook beliau,insyallah dia boleh bantu.bukan hanya untuk motorsikal pulsar sahaja,tetapi untuk semua jenis motorsikal..
3.Ok ni masalah yang terakhir sebab aku pun takbanyak masa nak buat blog ni so ada 3 masalah jelah yang aku bincangkan pada hari ni ya.. masalah yang ketiga ialah,motorsikal ni ada masalah pada penukaran gear sewaktu panas..
masalahnya ialah penukaran gear tidak selembut motorsikal keluaran jepun,saya masih belum jumpa lagi cara penyelesaiannya,
saya rasa mungkin disebabkan spesifikasi minyak hitam saya berbeza dengan yang disyorkan, saya pernah menggunakan minyak hitam Motul 15-50 semi syntethic dan Petronas sprinta 15-50 semi syntethic...kedua-duanya mempunyai masalah yang sama..ada yang mencadangkan pengunaan oil treatment,insyallah ada masa saya akan buat review setelah saya cuba,boleh tunggukan video review di channel youtube saya FarizMVlog.
spec minyak hitam yang disyorkan oleh bajaj dan modenas adalah 20-50w jadi saya akan cuba nanti..
ok geng aku rasa sampai sini jelah blog aku tentang masalah aku pada NS200 ni,
untuk senang berhubung bolehlah comment di ruangan komen youtube aku insyallah semua soalan akan dijawab..
ok geng assalamualaikum dan bye3...
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Saturday, 20 January 2018
Pengalaman Mengunakan Jentera Street Bike pertama Modenas
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat jentera dua roda sekalian,
Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri saya,
nama saya Fariz dan salah seorang penunggang motosikal street bike sulung keluaran Modenas
Tujuan saya buat blog ni adalah ingin update dan memberikan pendapat serta menceritakan sedikit pengalaman saya menunggang motorsikal ini...
Saya telah mengunakan motosikal ini selama hampir 6 bulan..
motosikal keluaran modenas ini adalah salah satu kerjasama antara syarikat motorsikal national (modenas) dan syarikat motorsikal dari India (bajaj auto)
kerjasama ini bermula dari tahun 2017 antara Bajaj Auto dan Modenas
untuk mengenali siapa Modenas dan Bajaj Auto saya akan share link maklumat tentang dua syarikat ini dibawah....↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Ok pertama sekali saya ingin menceritakan tentang pengalaman pada hari pertama mengunakan motorsikal ini, saya akui agak susah sikit nak bertukar dari motorsikal moped kepada
street bike.
disebabkan sebelum ini saya mengunakan motorsikal klac semi auto yang terdapat pada banyak motorsikal moped..agak kekok bila bawa motorsikal yang lebih berat dan lebih tinggi,dengan hanya ketinggian 171cm agak sukar pada mulanya..
motorsikal ni agak tinggi dan berat tetapi pengendalian sewaktu membawa motorsikal ini amatlah memuaskan,tetapi pada mulanya agak kekok untuk jalan K.L yang selalu sesak disebabkan handle bar yang sedikit panjang dan berat.
pada mulanya saya tak tahu yang motorsikal ini ada kelebihan pada ciri-ciri keselamatan.
contohnya jika hendak memlulakan perjalanan motorsikal ini perlu dinaikkan tongkat jika tidak motorsikal ini akan mati sendiri..mulanya saya ingat ada masalah...maaf jika tahap penulisan saya kurang baik
Yang kedua adalah tahap pengunaan bahan api.sebelum tu saya angkat tunjukkan gambar spesifikasi Pulsar NS200 ini dibawah ...↓↓↓↓↓
Tangki bahan api motorsikal ini boleh memuatkan bahan api (petrol) sebanyak 12 liter,
ini agak diperlukan untuk penungang yang memerlukan pengunaan motorsikal jarak jauh tanpa kerap mengisi petrol dan sesuai bagi penungang yang ingin pergi ke satu destinasi yang jauh..
pengalaman saya pengunaan bahan api motorsikal ini agak jimat tetapi tidak sejimat motorsikal moped.saya pernah pergi ke litar sepang dari cheras,dengan kelajuan 100kmh hanya mengunakan
1 bar sahaja,motorsikal ini dilengkapi penunjuk bahan api digital yang menunjukkan 8 bar kesemuanya maksudnya pengunaan bahan api saya dari cheras ke litar sepang hanya 1.5 liter sahaja..
kelajuan yang saya pernah capai adalah 137KM/H,dengan berat saya 100kg dan berat beg saya dalam 5kg..tetapi dengan cara tungangan santai tanpa memaksa motorsikal..
tetapi mengikut pengalaman rakan kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 16oKM/H..
tetapi saya belum cuba ...sebab saya bukan jiwa kelajuan lebih kepada tungangan santai..😏😏😏😏😏
Ok setakat ni sampai situ jelah bebelan saya tentang pengalaman saya..
jumpa lagi guys insyallah dimasa yg lain saya akan menceritakan pengalaman lagi..
masa mencemburui tak sempat nak taip panjang2 kuh3..
k assalamualaikum bye2...
Ok kat bawah ada share sikit video official NS200 2017...bye2 assalmualaikum...